Wednesday 31 October 2012

Kenangan Rindu Semakin Jauh




           
              



       Bisbillahhirrahmannirrahimmmmm............

Jika dulu semuanya indah diawal perhubungan tapi itu hanya syarat untuk perjalinan yang lebih erat dan kukuh.Siapa pun akan mencemburui setelah melihat kemesraan itu,hubungan yang terjalin hampir dua tahun inilah kisah percintaan paling lama dilalui oleh seorang bergelar wanita.Wanita mana yang tidak gembira apabila dirinya disayangi dan dicintai SI DIA.Hanya SI DIA yang bertahta di dalam hati dan di bibir sentiasa mengukir nama SI DIA tanpa  rasa jemu.Bangga,teruja, perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata
segala-galanya indah pada pandangan mata.Ketika dulu berenggang sikit pun tak boleh sentiasa aje nak berdua,sehinggakan menjadi perbualan masyarakat sekitar dan gurauan teman-teman.Setahun lebih pelbagai kenangan berlalu dimakan arus masa yang terlalu pantas dan tanpa sedar masing-masing telah menyelami hati antara satu sama lain.Segala isi hati,kelebihan,kekurangan antara SI DIA dan SI WANITA telah diselami namun adakah ia akan berkekalan??? itu yang menjadi tanda tanya saat kini atau mungkin sampai bila-bila.


Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang datang antara dua insan ini,perhubungan tersebut tetap kukuh bak bangunan KLCC yang megah berdiri.Demi satu masa satu masa berlalu begitu juga kenangan serta memori saat bersama bahkan menjadi ingatan sehinggalah ke akhir hayat.








Tetapi kini SI WANITA merindui saat-saat ketika dulu,bila terkenangkan ia air mata syahdu mengalir bagai titisan air hujan turun pabila tiba saatnya.Pernahkah SI DIA menyelami hati SI WANITA yang mendambakan belaian kasih SI DIA,bila perlu taip itulah kata-kata manja terungkap untuk mendapatkan apa yang diperlukan.Kepiluan menangis di hati tanpa disedari SI DIA...biarlah ia dipendam,SI WANITA bertaruh dengan perasaan SI DIA dan juga orang lain yang mengharapkan belas kasih SI WANITA untuk menjadi sebahagian dalam hidup mereka.




HANYA ALLAH PENENTU JODOHKU..JIKA IA TERBAIK UNTUKKU AKU TERIMA IA SEADANYA KERANA AKU BERSYUKUR IA MASIH MAHU INSAN YANG KEKURANGAN SEPERTI DIRIKU.