Saturday 29 October 2011

IMEJ TANDA-TANDA KIAMAT










Subhanallah!!! Ingat wahai manusia sekalian bahawa hari kiamat sudah semakin hampir.

Tuesday 18 October 2011

TAKUT

Ya Allah cepatnya masa berlalu,peperiksaan STPM pun hampir tiba errm takutnya bukan kepalang.Kalaulah 
masa itu boleh ditangguhkan sudah pasti aku akan bersedia lebih awal tapi itu tidak mungkin kuasa terletak di tangan tuhan aku sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha dan bertawakal sahaja.Mampukah aku menjalani peperiksaan itu nanti dengan baik,dengan bersungguh-sungguh???? Jika aku gagal ahh pedih dan pilu hati aku,bahkan keluarga aku turut bersedih=( .Akulah harapan keluarga satu2nya yang boleh mengubah nasib
kehidupan keluarga menjadi lebih baik daripada sekarang ini,aku nak berjaya dengan ditemani orang2 tersayang
di sisi kerana bagi aku tidak guna aku berjaya tanpa mereka.

Masalah aku sekarang ialah ketakutan dalam diri aku ini,aku bukan takut pada benda2 nyata tapi aku takut dengan diri aku sendiri,entahlah ketakutan itulah selalu menyebulungi diri aku,Abang ada cakap aku takut buat silap dan aku juga takut nak keluarkan kekurangan@kelebihan walaupun ianya untuk kebaikkan aku sendiri....apa yang abang cakap itu memang betul tapi itulah diri aku yang asli.

Tak sampai sebulan sahaja lagi peperiksaan sebenar akan tiba ishhhh TAKUTLAH!!!,macam mana tak takut keputusan aku setiap kali ujian pasti ada yang ok dan ada yang tak ok pointer pun tak cukup syarat boleh ke nak masuk universiti dengan pointer yang NOOB macam itu???.Aku benci bila ada program motivasi atau teknik2 menjawab nie sebab bagi aku itu membuang masa sahaja,yelah kalau keputusan macam tempoyak basi jugak baik  
tak payah tapi itu untuk orang macam akulah,lainlah budak2 pandai kan memang patut pun kena ada semua itu.Aku nie cakap macam orang putus asa pulak....errmmmmmm cukuplah sekadar yang aku mamapu buat,insyaallah dengan berkat ibu bapa,kawan2,dan si dia mampu mengubah semunya.

AKU TETAP AKU,Itulah aku....


Saturday 1 October 2011

SEBUAH PERKENALAN PERTAMA

MOHAMMAD FADHLI FIRDAUS itulah insan yang aku berjumpa semalam,erm tidak sangka dia seorang kakitangan kerajaan iaitu seorang `askar` yang sedang berhikmat di Sungai Petani,Kedah.Mungkin perjumpaan kami semalam adalah yang kali terakhir kerana dia akan melaporkan diri di flat Sibu,Sabah dan mugkin juga dia tidak akan balik dalam tempoh 2-3 tahun.Dia merupakan seorang bekas pelajar SMK TUN PERAK di mana aku bersekolah kini,aku tidak sangka akan berjumpa dia.Perkenalan kami bermula di facebook dan dia meminta nombor henset aku sejak itu kami kerap bermain mesej,aku menganggap dia sebagai seorang sahabat dan aku berniat hendak memperkenalkan dia pada kawan perempuan aku yang sama baya dengan aku.Bila aku cakap dengan Fadhli tentang kawan aku entahlah dia seolah-olah tidak
berminat,aku pun dah penat nak bercakap berulang-ulang kali.Aku tidak boleh salahkan dia,dia jadi begitu kerana dia ada sejarah hitam dalam hidupnya dan sebab itu dia berhati-hati dengan semua perempuan.

Perjumpaan kami singkat tapi itu membuat aku happy,he fun man i like,he make me smile everytime and i`m enjoy with that.First time i looking he face in pic he look  dark man and not intersting to me but after we see face to face he look different,he high from me hahaha.Aku tidak kisah punlah dengan rupa parasnya tapi hati nurani seseorang itu.Hari ini dia kembali bertugas erm mesti rindu bukan rindu sebab apa rindu pada gurauan dia sahaja.

Hari ini masuk hari ke-3 dia kembali bertugas,entah kenapa aku amat merindui dia sedangkan dia bukan siapa-siapa pada aku.Mesej pun bila dia ada masa aje,ialah tak kan masa kerja nak main mesej pula.Aku rindu dengan gurauan dia agaknya tu pasal jadi macam nie....erm masa berlalu terlalu pantas sampai pertemuan itu sudah berlalu tanpa kita sedar.Insyaallah kalau ada rezeki aku dan dia pasti akan berjumpa lagi,aku seharusnya memikirkan orang yang aku sayangi kini bukan orang lain ishhhhh.