Tuesday 18 October 2011

TAKUT

Ya Allah cepatnya masa berlalu,peperiksaan STPM pun hampir tiba errm takutnya bukan kepalang.Kalaulah 
masa itu boleh ditangguhkan sudah pasti aku akan bersedia lebih awal tapi itu tidak mungkin kuasa terletak di tangan tuhan aku sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha dan bertawakal sahaja.Mampukah aku menjalani peperiksaan itu nanti dengan baik,dengan bersungguh-sungguh???? Jika aku gagal ahh pedih dan pilu hati aku,bahkan keluarga aku turut bersedih=( .Akulah harapan keluarga satu2nya yang boleh mengubah nasib
kehidupan keluarga menjadi lebih baik daripada sekarang ini,aku nak berjaya dengan ditemani orang2 tersayang
di sisi kerana bagi aku tidak guna aku berjaya tanpa mereka.

Masalah aku sekarang ialah ketakutan dalam diri aku ini,aku bukan takut pada benda2 nyata tapi aku takut dengan diri aku sendiri,entahlah ketakutan itulah selalu menyebulungi diri aku,Abang ada cakap aku takut buat silap dan aku juga takut nak keluarkan kekurangan@kelebihan walaupun ianya untuk kebaikkan aku sendiri....apa yang abang cakap itu memang betul tapi itulah diri aku yang asli.

Tak sampai sebulan sahaja lagi peperiksaan sebenar akan tiba ishhhh TAKUTLAH!!!,macam mana tak takut keputusan aku setiap kali ujian pasti ada yang ok dan ada yang tak ok pointer pun tak cukup syarat boleh ke nak masuk universiti dengan pointer yang NOOB macam itu???.Aku benci bila ada program motivasi atau teknik2 menjawab nie sebab bagi aku itu membuang masa sahaja,yelah kalau keputusan macam tempoyak basi jugak baik  
tak payah tapi itu untuk orang macam akulah,lainlah budak2 pandai kan memang patut pun kena ada semua itu.Aku nie cakap macam orang putus asa pulak....errmmmmmm cukuplah sekadar yang aku mamapu buat,insyaallah dengan berkat ibu bapa,kawan2,dan si dia mampu mengubah semunya.

AKU TETAP AKU,Itulah aku....