Saturday 26 November 2011

KISAH SEORANG GADIS

Asslammualaikum....

Kisah yang aku bakal ceritakan kejap lagi merupakan kisah benar,tidak ada unsur-unsur penipuan sama sekali.
Ketika si gadis ini berusia 4tahun satu musibah telah menimpa dirinya,kejadian itu telah memberi kesan kepadanya seumur hidup dan hanya keajaiban sahaja yang bisa mengubah takdir si gadis itu.(Kembali masa silam) ketika si gadis itu sedang bermain-main berhampiran dengan kuali panas yang penuh dgn minyak panas dengan rasa seronok di atas kerusi tiba-tiba si gadis itu jatuh ke dalam kuali itu dengan keadaan terduduk.Si gadis kecil itu menangis teresak-esak,tanpa berlengah semua sanak saudara berlari ke arah si gadis kecil untuk mengeluarkannya dari kuali yang penuh dengan minyak panas itu.Si gadis kecil itu menangis tanpa henti akibat kesakitan yang di alami,si gadis itu di kejarkan ke hospital berdekatan di temani ayahnya dan sanak saudara yang lain.Kebetulan saat itu ibu si gadis kecil sedang sarat mengandung anak ke-4 dalam keluarganya.Hati ibu mana yang tidak sedih melihat malapetaka yang menimpa anak perempuan sulungnya itu,ye si gadis kecil itu merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik.

Dilahirkan tanpa cacat cela,dengan kuasa ALLA S.W.T satu anugerah yang tidak dijangka telah menimpa si gadis kecil yang semakin hari semakin membesar.Si gadis kecil sering demam yang menyebabkan dia tidak boleh bersekolah seperti kanak-kanak kecil yang lain,bertahun juga dia menangung kesakitan dan bertahun juga dia terpaksa berulang alik ke hospital.Bapanya yang hanya seorang kontraktor dan juga merupakan warga asing tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan,sedangkan ibunya hanya seorang suri rumah sepenuh masa.Ibu bapanya tidak henti-henti mencari wang untuk membiayai kos pembedahan anak mereka,mujurlah ada insan yang berhati mulia mendermakan wang,sekurang-kurangnya duit itu dapat kurangkan beban yang ditanggung ibu bapa si gadis kecil tersebut.15 ooo diperlukan untuk kos pembedahan,berkat doa kedua ibu bapa si gadis kecil itu akhirnya wang berkenaan dapat diperoleh.

2 tahun si gadis tidak dapat memasuki pembelajaran di Tadika akibat sakit yang sering berulang,si gadis juga nyaris-nyaris buta di sebabkan impak dari kelecuran yang dialami.Akhirnya si gadis akan menjalani pembedahan di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur,berbulan-bulan si gadis duduk di hospital untuk menjalani rawatan,malahan si gadis hanya berkerusi roda jika hendak berjalan-jalan .Si gadis sering kali menanya ayahnya bilakah dia akan keluar dari hospital dan katanya lagi dia berasa amat bosan berada di sana,si ayah hanya mampu merenung wajah anak gadisnya tanpa berkata apa-apa.Tibalah saat yang di tunggu-tunggu iaitu untuk kembali ke rumah,sungguh gembira sekali si gadis kecil itu,seolah-olah tidak ada apa yang berlaku kepadanya.

Seawal 7tahun si gadis masuk ke sekolah,dengan tidak tahu menulis,membaca,mengira si gadis tetap meneruskan alam persekolahan sewaktu alam kanak-kanaknya.Sewaktu umurnya 8tahun barulah si gadis tahu segala-galanya.Tidak sangka si gadis yang cacat aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah lagi-lagi aktiviti sukan olahraga,keaktifan si gadis itu terserlah sehinggalah dia di alam bangku sekolah menengah.Si gadis tidak pernah berasa malu dengan kecacatannya,tetapi menjadi suatu tonggak kejayaan dirinya.Kini si gadis telah menjadi seorang gadis dewasa berusia 19tahun yang sihat tidak seperti dulu yang kerap sakit dan merupakan gadis kecil kurus  sewaktu dahulu.Satu sahaja impian yang amat di impikan olehnya iaitu biarlah kecacatannya  sampai ke akhir hayat dan semoga satu keajaiban akan berlaku terhadap diri si gadis apabila dia mati kelak kecacatan itu akan hilang dengan sendirinya.

Begitulah kisah seorang gadis yang tidak penah menjangka sebesar itu dugaan menimpa dirinya,ingat wahai temanku sabarlah dengan segala cubaan serta musibah yang menimpa dirimu kerana ada insan yang lebih bernasib malang di luar sana....

waassalam.