Wednesday 21 December 2011

DUNIA FORM 6

ASSLAMMUALAIKUM...Apa khabar sahabat2 semua??? saya harap kalian sentiasa sihat walafiat :)


14 November tarikh terakhir aku menduduki peperiksaan STPM dan hari terakhir aku menuntut ilmu di sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak.Pilu hati aku ketika saat-saat terakhir bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain serta melihat wajah-wajah pendidik kami yang selama ini bersusah payah mengajar kami tanpa perasaan jemu di samping sokongan moral yang diberikan tanpa henti.Sebenarnya di sinilah segala permulaan persahabatan antara aku dan rakan-rakan terjalin,yang lebih aku tidak sangka rakan yang dahulunya hubungan agak rengang kini menjadi erat bahkan semakin akrab....begitu hebatnya sesebuah pertemuan itu ketika berada di FORM 6,sememangnya segala kenangan aku bersama rakan-rakan dan para pendidik form 6 tidak akan sesekali aku lupakan.






Aku masih ingat ketika aku mula-mula masuk FORM 6 kelas PRA-U-A2,dengan perasaan berdebar,takut,gemuruh dan tidak yakin dengan keputusan aku memasuki form6 itu adalah pilihan betul atau salah tapi tetap cuba menceburi DUNIA FORM6 ini.Ketika di dalam kelas aku sentiasa termenung dan memandang semua yang rakan satu persatu,ada yang aku kenal dan ada juga rakan yang aku tidak kenal tapi itu tidak menghalang aku menjalinkan persahabatan bersama mereka.Ainatul,Fatahiah,Siti,Sathiya,Aina,Afiqah,Faiz, danThimoty itulah antara rakan aku yangt kenal,yang lain itu aku ingat-ingat lupa.Di sana juga aku berjumpa rakan sewaktu sekolah rendah dahulu dan kini menjadi sahabat baik aku tatkala aku berada dalam keadaan susah atau senang iaitu Ecah,Miqdad juga merupakan rakan sekolah rendah.Betapa indahnya sesebuah perkenalan bertukar menjadi sebuah ikatan persahabatan,dan suka duka kami lalui bersama.





Badan uniform kami adalah PENGAKAP KELANA khusus hanya untuk form6,manakala guru penasihat kami ialah En.Razak bin Idris seorang guru disiplin form6 dan juga guru matapelajaran MUET...entah kenapa aku lebih suka cikgu Razak mengajar MUET daripada Cikgu Rohana,aku rasa lebih selesa dan fun bila belajar.Bagaimanapun ada budak kelas aku yang tidak suka dengan cikgu ini aku pun tidak tahu kenapa,mungkin ada sebab lain.Biasalah nama pun pelajar normallah ada cikgu yang disukai dan ada yang tidak disukai macam aku juga huhu...;)









PERSATUAN PERTINA itulah nama kelab persatuan kami juga khusus hanya untuk form6,manakala guru penasihatnya ialah En.Syukur.Cikgu ini orangnya lucu dan kelakar dan anak muridnya mengelarkan beliau `Doremon` kelakarkan mana tidaknya beliau mempunyai bentuk badan agak gempal dan pendek hehehe...beliau juga mengajar subjek PENGAJIAN AM2 serta amat disenangi semua warga form6 terutamanya pelajar-pelajar form6.





Dari kiri ialah cikgu Habidah,cikgu Zaliah iaitu merupakan guru kelas aku...erm rindunya aku pada guru-guru ini,biasalah kan jika seorang guru itu asyik membebel kepada kita umpama kita ini seperti anaknya sendiri itu wajar dan aku tidak pernah menyesal mendengar semua bebelan itu kerana aku yakin setiap ungkapan yang keluar dari cikgu adalah untuk mendidik pelajar-pelajarnya.Setiap kali aku menghadap cikgu  Zaliah seperti aku menghadap mak aku sendiri sebab itu aku tidak heran jikalau dimarahi atau sebaliknya,setiap kata-kata beliau tidak ubah seperti bonda aku ;)




 Sejujurnya aku amat merindui alam persekolahan FORM6...segala kenangan bersama kalian tidak akan pernah aku lupakan,kerana di sinilah aku belajar mendalami  erti  persahabatan,dan kasih sayang antara warga FORM6 terutamanya kelas PRA-U-A2 di SMK TUN PERAK.Jika dulu sewaktu di bangku sekolah aku amat teringin menghabiskan alam persekolahan tetapi kini aku merindui semua peristiwa bersama rakan-rakan dan guru-guru form6.Insyaallah di dunia luar kita pasti akan berjumpa lagi warga FORM6 :).


SEKIAN..WASSALAM.

Wednesday 7 December 2011

MASALAH JERAGAT



Atasi tompok ‘rama-rama’


SALINA sangat risau melihat tompokan hitam pada wajahnya. Kulit wajahnya yang putih bersih seakan tercela apabila tompokan hitam mula terbentuk. Di peringkat awal hanya sedikit kesan hitam terbentuk pada pipi Salina.
Dia membeli krim muka dan losen yang disyorkan oleh seorang kawan untuk mengatasi masalah tersebut. Salina gembira kerana penggunaan krim tersebut menampakkan hasilnya apabila kesan hitam menjadi semakin berkurangan. Bagaimanapun apabila penggunaan produk tersebut dihentikan kesan hitam timbul kembali malah menjadi semakin banyak. Akibat daripada tompokan hitam itu dia mula berasa rendah diri dan tidak mahu keluar rumah. Jika keluar rumah beliau menggunakan kosmetik yang tebal bagi menutup kekurangan itu.
Semasa bertemu Salina saya bertanyakan bila tompokan hitam itu mula muncul. Menurutnya dia perasan tompokan hitam itu semasa hamil anak pertama. Saya berpendapat kemungkinan masalah Salina berkait rapat dengan hormon yang tidak seimbang. Ia juga ada kaitan dengan melasma yang sukar dirawat kerana kedudukannya yang jauh ke dalam kulit. Melasma atau tompok hitam adalah sel-sel hidup yang membiak secara aktif. Ia mempunyai jalinan kapilari darah yang memberi nutrisi dan menghidupkannya. Jalinan kapilari darah ini membekalkan sel-sel melasma dengan oksigen dan zat yang diperlukan untuk hidup dengan aktif. Jadi adalah sukar untuk mengurangkan keaktifannya sekiranya kapilari darah ini membesar dengan aktif juga.
Oleh kerana ia berada di lapisan dermal iaitu lapisan kulit yang ke bawah maka masalah tersebut memang sukar untuk dirawat.
Apabila menyapu krim, krim hanya boleh meresap di permukaan atas dan tidak sampai ke lapisan bawah kulit. Sahabat saya yang terkenal dengan kepakaran mengendalikan laser iaitu Dr. Shaharom Sulaiman menyifatkan melasma seperti tahi lalat yang hidup di bawah kulit. Bagi saya amat sesuai juga andaian seumpama ini kerana neavus atau tahi lalat juga merupakan sekelompok melanocytes yang aktif dan mempunyai salur darahnya sendirinya. Oleh itu ia hidup sebagai sel yang tersendiri. Tahi lalat yang terlalu besar atau terlalu aktif eloklah dibuang kerana ia mempunyai risiko kanser .
Lelaki juga tidak dapat lari daripada melasma. Saya sering merawat beberapa pesakit lelaki yang bermasalah melasma. Melasma lebih aktif apabila seseorang bawah pancaran matahari.
Sel-sel aktif yang mengeluarkan pigmen hitam dinamakan melanocytes. Fungsi utama melanocytes adalah untuk mengeluarkan pigmen yang dinamakan melanin. Kehadiran melanin memberi warna kulit. Melanin juga bertindak sebagai penapis menghalang cahaya yang terlalu kuat yang boleh merosakkan kulit daripada masuk menembusi kulit kita. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai banyak melanin warna kulitnya akan menjadi gelap apabila terdedah di pancaran matahari atau pergi ke tempat beriklim panas dan apabila ia berhijrah ke tempat beriklim sejuk atau menutupi kulitnya daripada matahari maka kulitnya kembali cerah. Dewasa ini terdapat krim pelindung matahari dan pil yang boleh diambil bagi melindungi kulit daripada matahari. Apabila kulit disapu pelindung matahari ia akan menebat atau menghalang kemasukan cahaya yang mengaktifkan melanocytes. Justeru bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang sering terdedah kepada pancaran matahari, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Pemakaian skrin matahari haruslah diamalkan setiap masa.
Rawatan yang sesuai bagi melasma ialah penggunaan krim mengandungi anti melanin. Suntikan transeminic dan pil mengandungi transeminic turut menghilangkan salur darah yang berada di bawah kulit. Apabila salur darah itu mengecut maka sel-sel melasma akan turut mengecut. Lama kelamaan melasma akan berkurangan. Penggunaan krim yang salah hanya akan menyebabkan melasma semakin ketara kerana sesetengah krim akan merangsang salur darah menjadi lebih aktif dan kulit menjadi lebih nipis menyebabkan melasma menjadi ketara.
Melasma yang mekar kelihatan seperti bentuk kupu-kupu yang gelap di kedua dua pipi.
Penggunaan laser bagi melasma harus dibuat dengan berhati hati kerana melasma memberi reaksi yang pelbagai apabila menggunakan laser. Sesetengah melasma menjadi lebih aktif apabila terkena laser manakala sesetengahnya pula boleh berkurangan. Oleh itu rawatan melasma haruslah sejajar dengan keputusan yang diperoleh. Penggunaan hormon juga penting kerana faktor kekurangan hormon turut menjejaskan dan membuatkan melasma menjadi aktif. Hormon yang dicadangkan ialah bioidentikal hormon yang mudah digunakan dan memberi kesan yang menyegarkan tubuh kita.
Tempoh rawatan bagi melasma sangat lama dan ada kalanya memakan masa berbulan bagi mendapat kesan yang baik. Setelah itu penggunaan krim anti melanocyte secara berkala adalah sangat penting bagi mengekangnya. Boleh dikatakan proses menentang melasma merupakan satu perjuangan seumur hidup juga. Ia menuntut disiplin dan kesabaran yang sangat tinggi
Melasma berbeza dengan pigmentasi epidermis yang mudah saja cara rawatannya. Saya menggunakan laser jenis pixel bagi memulihkannya dan mendapat hasil yang sangat menakjubkan. Pigmentasi pada epidermis adalah disebabkan oleh pengumpulan melanin pada kulit kita. Melanin adalah pigmen yang terdapat pada kulit. Apabila pigmen banyak maka kulit menjadi sangat gelap. Laser pula bertindak memecahkan melanin. Apabila melanin pecah ia akan dibuang sebagai bahan buangan dan di keluarkan daripada kulit kita. Hasil yang baik dapat diperolehi apabila kita merawat pigmen dengan laser kerana sifat pigmen melanin yang memecah dan boleh di keluarkan dari kulit.
Sekiranya anda menggunakan produk pencerah kulit yang mengandungi hydroquininone memang boleh membantu mengurangkan melasma namun apabila berhenti memakainya melasma pasti muncul kembali. Justeru itu produk itu perlulah dipakai secara berterusan. Pastikan anda berterus terang dengan doktor perihal produk yang anda gunakan kerana jika berhenti menggunakan produk akan mendatangkan kesan rebound terhadap melasma dan ini amatlah menyusahkan.

Thursday 1 December 2011

COLETEH PEREMPUAN

PERKATAAN LAZIM YANG SERING KAUM HAWA SUKA GUNAKAN:

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Dari Seorang Wanita a.k.a Gurl Gurl ^_^ Terbaek..
Fahamilah kami yg bernama WANITA ni !!!!