Tuesday 27 March 2012

Sepuluh Tanda Dia Jodoh Kita






Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Thursday 1 March 2012

Xx_MaxRien_xX

Asslammualaikum dan selamat sejahtera kepada mereka yang membaca update blog saya ini,sorylah kalau blog saya ini tak semeriah seperti blog2 orang lain..saya simple so that why my blog simple like me :)

Anda mesti pelik kan kenapa dengan title blog aku kali ini,ermm itu sebenarnya nama orang yang aku kenal di Moko online.Moko online ini hanya terdapat di handphone tapi tak semua tahu fungsi teknologi nie,ini pun aku tahu daripada kawan baik aku sendiri.Agak lama jugalah aku menjadi ahli moko nie hampir 2 tahun..lama kan huhuhu.Macam-macam orang aku kenal termasuklah abang angkat aku yang sehingga kini still to be my brother,abang aku nie tak terlalu menonjolkan dirinya because dia gunakan nama samaran so tak ada yang kenal dia kecuali kawan-kawan rapat dia sahaja.Aku masih ingat kata-kata abang bahawa biar friends sedikit tetapi berkualiti,apa yang abang beritahu aku itu ada benarnya.Walaupun makin ramai friends dekat moko tapi aku tetap berhati-hati kerana mungkin di antara meraka yang hendak mengambil kesempatan,yelah kan dekat moko tengok macam baik tapi bila bersemuka secara langsung sebaliknya pula.Aik2 aku di sini nak bercerita tentang seseorang yang aku kenal dekat moko,itulah nama orang yang aku kenal iaitu Xx_MaxRien_xX atau lebih di kenali Shah.Dekat rum aku Shah selalu bermadah dan berpuitis,aku pun turut serta tapi tak adalah terlalu kerap macam Shah.Aku suka dengan madah-madah Shah  yang membuat diriku terpukau sebentar dengan keasyikan puisi-puisi itu.


Boleh dikatakan setiap hari Shah bermadah di rum aku,aku pikir Shah sekadar nak meluahkan perasaan melalui puisi.Aku senang berkawan dengan Shah,setiap kali chat dengan dia asyik nak mengusik antara satu 
sama lain aje,sampaikan aku ketawa sorang-sorang dah macam orang tak siuman hehehe.We are just friend ok not more,ermm tapi sekarang Shah dah jarang online apa lagi nak chat dengan aku.Shah buat macam itu sebab...........ahhh aku sendiri pun tak dapat nak bayangkan bila Shah luahkan perasaannya pada aku.Aku tak sangka sampai begini jadinya,rupa-rupanya selama ini Shah bermadah dia ingin luahkan sesuatu pada aku.
**Fah,Shah nak ckp skli jwe..Shah jatuh cinta kt Fah..!!! Shah pn xtaw knpa..urmm**.Kita orang dah jadi sahabat mana mungkin menjadi sepasang kekasih,Shah milik orang lain dan aku juga begitu lagipun aku lebih selesa menjadi seorang sahabat.Shah cakap dia akan online  apabila perasaan dia terhadap aku hilang dimamah hari.



**Tapi memang takdir sejak dulu..persahabatan x mungkin menjadikan kita pasangan kekasih..:) biar pun takdir menentukan semua nie..Shah pasti fah akan mengerti suatu hati nanti..**

**pudar sudah sinar cinta yang dulu terasa kehanfatannya..mungkin ini dugaan semata atau berakhirnya cinta
yang kita bina..**

**termenung dalam gelisah ku dakap potret cinta ini terimbas kini di memori madah kita bersama..**

**dalam rindu ku genggami warkah  cinta itu yang penuh dusta..tercoret kata memilukan aku membacanya dalam gementar..**

**antara kita tiada bahagia kemesraan  itu menduga waktu merintih  hari-hari tiada kesampaian mengapa 
kita teruskan menipu diri..**

**walau di rintang segala derita untuk mu kekasih kan ku korbankan..jiwa dan raga aku korbankan bersama kita akhirnya**

**dan tidurlah kamu selena-lenanya..semoga hari esok hidup mu lebih indah berbanding hari-hari lalu kerna doaku sentiasa mengiringi setiap langkah mu..**

**sayangilah aku walau sesaat itu cukup untuk...bisikanlah aku kata-kata cinta yang indah pada ku..terimalah 
diri ku hadir dalam hidup mu walaupun ku tahu aku dosa-dosa mu itulah takdir ku..**

**kasihanilah aku agar jelas cahaya di depan mata..kau pandanglah aku agar bisa kau selami hati kecil ku..
mungkinkah aku hanya sesalan cinta mu terlanjur memanggil ku dengan terburu nafsu lalu membunuh mu..**

**ohh tuhan tiada siapa yang tahu betapa deritanya aku..menahan sakit zahir dan batin ki..tapi tetap ku lafazkan kalam suci dari nurani..ku unjukan pada ilahi rabbil izzati semoga dosa-dosa ini  diampuni..**

**insan fahamilah diri ini aku tak mengerti jika aku disakiti kering air mata ini tanpa disedari akhirnya terhenti 
suara tangisan ini seketika didengari..**


wanita shalihah

Sekian madah-madah terakhir Shah pada aku..ketentuan ilahi tak dapat dielakkan,Allah Maha Mengetahui dan DIA juga telah menentukan semuanya,manusia hanya merancang tapi Allah yang tuntukan apa yang sudah ditakdirkan olehNYA.

Wasslam..nukilan dari seorang hamba ALLAH :)