Saturday 26 November 2011

KISAH SEORANG GADIS

Asslammualaikum....

Kisah yang aku bakal ceritakan kejap lagi merupakan kisah benar,tidak ada unsur-unsur penipuan sama sekali.
Ketika si gadis ini berusia 4tahun satu musibah telah menimpa dirinya,kejadian itu telah memberi kesan kepadanya seumur hidup dan hanya keajaiban sahaja yang bisa mengubah takdir si gadis itu.(Kembali masa silam) ketika si gadis itu sedang bermain-main berhampiran dengan kuali panas yang penuh dgn minyak panas dengan rasa seronok di atas kerusi tiba-tiba si gadis itu jatuh ke dalam kuali itu dengan keadaan terduduk.Si gadis kecil itu menangis teresak-esak,tanpa berlengah semua sanak saudara berlari ke arah si gadis kecil untuk mengeluarkannya dari kuali yang penuh dengan minyak panas itu.Si gadis kecil itu menangis tanpa henti akibat kesakitan yang di alami,si gadis itu di kejarkan ke hospital berdekatan di temani ayahnya dan sanak saudara yang lain.Kebetulan saat itu ibu si gadis kecil sedang sarat mengandung anak ke-4 dalam keluarganya.Hati ibu mana yang tidak sedih melihat malapetaka yang menimpa anak perempuan sulungnya itu,ye si gadis kecil itu merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik.

Dilahirkan tanpa cacat cela,dengan kuasa ALLA S.W.T satu anugerah yang tidak dijangka telah menimpa si gadis kecil yang semakin hari semakin membesar.Si gadis kecil sering demam yang menyebabkan dia tidak boleh bersekolah seperti kanak-kanak kecil yang lain,bertahun juga dia menangung kesakitan dan bertahun juga dia terpaksa berulang alik ke hospital.Bapanya yang hanya seorang kontraktor dan juga merupakan warga asing tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan,sedangkan ibunya hanya seorang suri rumah sepenuh masa.Ibu bapanya tidak henti-henti mencari wang untuk membiayai kos pembedahan anak mereka,mujurlah ada insan yang berhati mulia mendermakan wang,sekurang-kurangnya duit itu dapat kurangkan beban yang ditanggung ibu bapa si gadis kecil tersebut.15 ooo diperlukan untuk kos pembedahan,berkat doa kedua ibu bapa si gadis kecil itu akhirnya wang berkenaan dapat diperoleh.

2 tahun si gadis tidak dapat memasuki pembelajaran di Tadika akibat sakit yang sering berulang,si gadis juga nyaris-nyaris buta di sebabkan impak dari kelecuran yang dialami.Akhirnya si gadis akan menjalani pembedahan di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur,berbulan-bulan si gadis duduk di hospital untuk menjalani rawatan,malahan si gadis hanya berkerusi roda jika hendak berjalan-jalan .Si gadis sering kali menanya ayahnya bilakah dia akan keluar dari hospital dan katanya lagi dia berasa amat bosan berada di sana,si ayah hanya mampu merenung wajah anak gadisnya tanpa berkata apa-apa.Tibalah saat yang di tunggu-tunggu iaitu untuk kembali ke rumah,sungguh gembira sekali si gadis kecil itu,seolah-olah tidak ada apa yang berlaku kepadanya.

Seawal 7tahun si gadis masuk ke sekolah,dengan tidak tahu menulis,membaca,mengira si gadis tetap meneruskan alam persekolahan sewaktu alam kanak-kanaknya.Sewaktu umurnya 8tahun barulah si gadis tahu segala-galanya.Tidak sangka si gadis yang cacat aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah lagi-lagi aktiviti sukan olahraga,keaktifan si gadis itu terserlah sehinggalah dia di alam bangku sekolah menengah.Si gadis tidak pernah berasa malu dengan kecacatannya,tetapi menjadi suatu tonggak kejayaan dirinya.Kini si gadis telah menjadi seorang gadis dewasa berusia 19tahun yang sihat tidak seperti dulu yang kerap sakit dan merupakan gadis kecil kurus  sewaktu dahulu.Satu sahaja impian yang amat di impikan olehnya iaitu biarlah kecacatannya  sampai ke akhir hayat dan semoga satu keajaiban akan berlaku terhadap diri si gadis apabila dia mati kelak kecacatan itu akan hilang dengan sendirinya.

Begitulah kisah seorang gadis yang tidak penah menjangka sebesar itu dugaan menimpa dirinya,ingat wahai temanku sabarlah dengan segala cubaan serta musibah yang menimpa dirimu kerana ada insan yang lebih bernasib malang di luar sana....

waassalam.

Friday 18 November 2011

SOLAT ISTIKHARAH

Asslammualaikum....

Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat, sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)

Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?

Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga yang patut dibaca adalah dua surat tersebut.

Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi 2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikhoroh.”

Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.

Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca surah apa saja yang mudah.”

Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?

Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas solat dua roka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 12/105)

a. Sebelum salam

Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:

1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: “Nabi bersabda: Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588)

2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk membaca (maksudnya);

Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim 3/7/27)

3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.

b. Sesudah salam

Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib, kemudian berdo’a...”

Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)

Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?

Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau meninggalkannya.”

Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:

“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh, kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”

Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara

Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan, maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia boleh beristikhoroh berulang kali.”

Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?

Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)

Kesimpulan

1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.

2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi.

3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.

4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.

5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.

6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.

7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.

8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)

9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.

10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.

Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.
study

Thursday 17 November 2011

TAMADUN ISLAM(PERANG SALIB)

Bincangkan faktor- faktor yang mencetuskan Perang Salib dan kesannya .



2. Bincangkan faktor- faktor yang mencetuskan Perang Salib dan kesannya .

Pendahuluan ( 3 markah )

1. Perang Salib merupakan siri peperangan di antara pihak Islam dengan pihak Kristian. Ia juga merupakan kemuncak ketegangan perhubungan di antara Islam dan Kristian iaitu semenjak pihak Islam berjaya meluaskan kekuasaannya di Barat, Afrika dan setelah berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine.
2. Dinamakan Perang Salib kerana tentera Kristian memakai pakaian tentera bertanda salib.
3. Motif peperangan – keagamaan dan sekular. Peperangan berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis.
4. Peperangan mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut2 Kristian bersatu lagi menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah2 yang telah dikuasai Islam terutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi.
5. Peperangan berlarutan selama hampir dua abad iaitu dari 1095 – 1291M dan berlaku dalam tujuh peringkat.
6. Negeri-negeri terlibat : Mesir, Iraq, Syria, Afrika Utara, Sepanyol dan Hijaz.
7. Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam perang Salib seperti Raja Richard, Raja Philips Augustus, Raja Federick Babarosa dan Sultan Salahuddin al-Ayubi.


Isi


A. Faktor- faktor Perang Salib ( 5x 2 = 10 markah )

1. Agama
i. Perebutan kota Jerusalem ( Baitulmaqdis )
i. Berada di tangan orang Islam sejak zaman Khalifah Umar…..Kota suci mereka
ii. Juga merupakan kota suci orang Kristian
iii. Berlaku perebutan antara orang Kristian dan Islam
ii. Layanan buruk orang Turki Saljuk
i. Orang Turki yang menguasai Baitulmaqdis memberi layanan buruk kepada penganut Kristian
ii. Menimbulkan kemarahan orang- orang Kristian
iii. Keruntuhan gereja
i. Keruntuhan- keruntuhan gereja Holy Sepulchre pada zaman pemerintahan Al- Hakim ( Kerajaan Fatimiyah Mesir)
iv. Halangan jalan
i. Keluarga Saljuk telah menutup jalan menghalang orang- orang Kristian
daripada mengerjakan ibadat di Baitulmaqdis
v. Penyatuan orang- orang Kristian
i. Perang Salib menyatupadukan orang- orang Kristian yang berpecah- belah antara mazhab gereja Rom dan gereja Yunani
vi. Sikap fanatik agama Kristian
i. Kebangkitan kuasa Islam di Timur Tengah membimbangkan orang- orang Kristian
ii. Kesedaran Perang Kristian terhadap mempertahankan dan menegakkan kekuatan orang Kristian di dunia ….. membawa kepada tercetusnya Perang Salib
vii. Keinginan memasuki syurga
i. Pemimpin gereja mengisytiharkan bahawa yang ambil bahagian dalam Perang Salib akan mati suci dan masuk syurga
ii. Semua cukai yang harus dibayar akan terhapus
iii. Ramai hamba menyertai Perang menganggapnya sebagai jalan penyelesaian kebebasan mereka

2. Politik

a. Pergolakan politik di Eropah
i. Persengketaan sesama Negara kota dan kehidupan masyarakat yang tertekan pada zaman feudal menyebabkan golongan atasan dan rakyat mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan.
b. Kebimbangan kedudukan anak- anak raja
i. anak- anak raja mengambil bahagian dalam perang ini dengan harapan
menjadi raja atau pemerintah bagi wilayah- wilayah Islam yang mereka
takluki
c. Krisis politik Islam
i. Berlaku perpecahan dan krisis politik dalam kalangan masyarakat Islam
ii. Kerajaan Abbasiyah berada dalam keadaan lemah
iii. Negara- Negara Islam spt Syria dan Asia Kecil juga tidak bersatu- padu
iv. Kerajaan Fatimiyah mengalami kemerosotan pada abad ke 11M
v. Kemunculan pelbagai mazhab telah menjejaskan perpaduan umat Islam

3. Ekonomi

a. Keinginan menguasai perdagangan di Mediterranean
i. Penaklukan dan penguasaan Islam di kawasan – kawasan sekitar Mediterranean telah mengancam ekonomi pedagang- padagang Eropah
ii. Beberapa pelabuhan utama seperti Genoa dan Venice telah dikuasai oleh orang- orang Islam ( Saljuk )
iii. Mesir di bawah penaklukan orang Islam Fatimiyah
b. Keinginan pemindahan sumber ekonomi
i. Orang Eropah ingin memindahkan kegiatan dan sumber ekonomi Negara- negara Islam ke Eropah
ii. Orang Eropah ingin meruntuhkan dan memonopoli perdagangan Negara- negara Islam



B.Kesan- kesan Perang Salib ( 5x 2 = 10 markah )


Kesan Positif
1. Politik
i. Kemunculan kuasa- kuasa Eropah seperti Perancis, Inggeris dan Sepanyol.
ii. Kebangkitan golongan Monarki baru seperti England, Perancis dan Sepanyol
iii. Pembebasan golongan hamba yang mengambil bahagian dalam Perang Salib
iv. Perpaduan masyarakat Islam di Syria, Asia Kecil dan Mesir
v. Kelahiran tokoh Islam seperti Salehuddin al- Ayyubi yang membangkitkan semangat jihad dan menimbulkan dakwah anti -Islam

2. Ekonomi
i. Hubungan Perdagangan 2 hala antara Eropah dengan Islam. Contohnya Genova dan Venice semakin sibuk dan penting dalam aktiviti perdagangan.
ii. Kemajuan sektor pertanian iaitu orang- orang Eropah mencontohi teknik pertanian orang- orang Islam di Iraq
iii. Perkembangan infrastruktur spt perkembangan jalan perdagangan, pembinaan jalan raya dan pengangkutan laut serta penubuhan syarikat- syarikat perkapalan
iv. Penjelajahan dan penjajahan mula berlaku di kawasan- kawasan Timur bertujuan mencari kekayaan dunia. Contoh kuasa- kuasa besar spt Portugal, Sepanyol dan Belanda
v. Perkembangan aktiviti perdagangan yang menguntungkan orang Kristian. Pertembungan antara Islam dan Eropah membuka laluan kepada perkembangan perdagangan antara Timur dan Barat

3. Intelektual
i. Buku- buku Arab diterjemahkan ke dalam B. Inggeris, Perancis dan Latin. Mempengaruhi kemunculan Renaissance di Eropah.
ii. Kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan seperti pengetahuan sains, matematik, seni bina, kesusasteraan dan falsafah
iii. Kemajuan dalam pendidikan ….pembinaan sekolah, kolej dan universiti oleh orang- orang Eropah

4. Keagamaan
i. Penyebaran agama dan pemelukan agama Islam… membuka peluang kepada tentera Salib untuk lebih mengenali dengan lebih dekat dan realistik tentang kehidupan orang Islam. Sesetengah orang Eropah mula tertarik dan memeluk agama Islam.
ii. Kemunculan gerakan Reformasi

5. Bahasa
i. Berlaku pinjaman perkataan dan istilah Arab oleh orang Eropah khasnya dalam bidang sains, matematik, kedoktoran dan lain- lain.


6. Sains dan teknologi
i. Perkembangan infrastruktur dan peralatan moden seperti pembinaan sistem pengairan, kota, kubu pertahanan, peralatan senjata dan teknik membuat kerta

Kesan negatif
1. Politik
i. Kemerosotan golongan feudal….banyak harta benda musnah, para tahanan dan hamba yang dibebaskan secara besar- besaran. Golongan bangsawan mula kehilangan pengaruh ke atas wilayah mereka.
ii. Menjatuhkan maruah orang Kristian kerana kerajaan – kerajaan Eropah gagal mencapai cita- cita politiknya daripada Perang Salib
iii. Melemahkan kerajaan Byzantine… perbalahan secara sendiri telah melemahkan semangat dan kekuatan kerajaan Byzantine. Kerajaan ini cuba dihidupkan semula tetapi tidak setanding dengan kekuatan tentera Islam pimpinan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

2. Ekonomi
i. Eropah terpaksa menjual harta benda dan tanah kepada orang Yahudi untuk kelengkapan dan penyediaan Perang Salib
ii. Pengenalan cukai- cukai baru. Contoh, Raja Louis VII dari Perancis telah memperkenalkan cukai 1/10 bagi harta benda yang boleh dipindahkan kepada tokoh- tokoh agama
iii. Kebantutan pembangunan Negara Islam akibat penglibatan dalam Perang Salib

Kesimpulan ( 2 markah )

Perang Salib disebabkan oleh faktor politik, ekonomi dan sosial telah memberikan impak yang mendalam. Orang – orang Eropah telah membuka mata dan ingin datang ke negeri – negeri sebelah timur. Kerajaan – kerajaan Islam telah dapat bersatu padu dan bantu membantu. Orang Islam bekerja keras untuk membangun semula di bawah runtuhan Perang Salib.

Wednesday 16 November 2011

TENAGA ALTERNATIF

Sumber: Berita Harian
TEKNOLOGI sel solar wajar digunakan sebagai sumber alternatif menjana elektrik dalam projek pembestarian sekolah luar bandar untuk memastikan pelajar di kawasan berkenaan tidak ketinggalan dalam pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi.

  
Gambar Hiasan: Sebuah rumah yang dikuasakan dengan tenaga solar / suria  
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (Seri) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kamaruzzaman Sopian, berkata teknologi solar lebih praktikal, menjimatkan kos dan masa berbanding kaedah penyambungan grid yang diamalkan ketika ini.
Katanya, aplikasi teknologi itu, sekali gus meluaskan penggunaan tenaga solar di kawasan luar bandar yang kini dimanfaatkan dalam bidang pertanian dan perikanan saja.  
 
 

“Aplikasi tenaga solar di negara kita kini pada tahap sangat rendah sedangkan ia berpotensi tinggi dimanfaatkan dalam pelbagai bidang terutama sektor perumahan dan pertanian.“Antaranya, ia dapat memastikan projek pembekalan elektrik bagi sekolah luar bandar dilaksanakan pada kadar segera serta berdaya saing dari segi kosnya.

“Lazimnya, sesebuah sekolah di luar bandar hanya memerlukan bekalan elektrik tiga hingga lima kilowatt saja sehari termasuk untuk operasi makmal komputer dan teknologi, sel solar mampu memenuhi keperluan ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Kereta Solar di Dataran Pusanika UKM, Bangi, baru-baru ini.
Sempena pameran itu, warga Switzerland, Louis Palmer turut mempromosi teksi solar ciptaannya, selain menyampaikan ceramah mengenai kenderaan itu kepada warga universiti.Sementara itu, Kamaruzzaman, berkata kereta solar antara 20 produk yang berjaya dihasilkan institut itu menerusi kegiatan penyelidikannya.



 Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak dua produk sudah digunakan pihak berkaitan iaitu panel sel solar oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pengeringan kelapa sawit menggunakan teknologi pengeringan udara solar oleh Felda.

“UKM satu-satunya institusi pengajian tinggi awam yang diberi mandat Kementerian Pengajian Tinggi bagi menubuhkan institut penyelidikan khusus untuk tenaga solar sejak 2005.
“Sejajar itu, kami menerima geran penyelidikan berjumlah RM13 juta daripada pelbagai pihak sepanjang Rancangan Malaysia Ke-9 untuk memajukan teknologi tenaga solar dalam pelbagai bidang terutama pertanian dan perikanan,” katanya.




PENGAJIAN AM 2--MASYARAKAT GELANDANGAN


Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Antara faktor mengapa gelandangan ini semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan.

Gelandangan berbeza dengan "pengemis". Anon (1980) menyatakan "Gelandangan" ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain.(Maklumat Oleh : Dayangku)

Apa penyebab masalah gelandangan? Tidak ada yang tahu dengan pasti. Mungkin ini berpunca dari masalah gelandangan disebabkan alasan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal tahun 2000an. Harga-harga barangannaik, sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang yang produktif dan tidak menderita cacat mental, tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walau apapun penyebabnya, kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk mencari tempat berteduh dan kawasan terelak dari panas dan hujan serta kering setiap malam menyebabkan mereka tidur d kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok rendang di tengah kota dengan susunan kotan dan sebagainya. (Idea Oleh : Mohammad Razdini, disusun oleh cg sue)

Jelas faktor sekular yang menjadi penyebab gelandangan ialah lemiskinan. Hal ini kerana, akibat dari kemiskinanlah segala-galanya tidak menjadi. Sewa rumah, bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar dan Suparlan, 1984 menyatakan kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang untuk memuaskan keperluan-keperluan materialnya. ( Idea oleh : Nurul Huda Bt Zayadi)

Ada berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari pekerjaan yang bergaji lumayan.  (Info : Sahrullnizam)

Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya.  Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan.  Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari. (Oleh : Fatin Firzanah)

...sekiranya ada dalam kalangan pembaca & warga pelajar ada informasi tentang perbincangan "Gelandangan" ini, boleh email kepada cg ...  cikgusue_shs@yahoo.com