Saturday 21 January 2012

PUTERA IDAMAN

Aku tak pasti disebalik mimpi yang aku lalui pagi semalam...

Di sebuah tempat yang penuh dengan damai dan tenang aku rasa seperti berada di syurga,kelihatan beberapa orang gadis sedang bermain buaian dan ada yang buat hal masing-masing.Serius aku katakan aku ingin berada di situ dengan lebih lama lagi.Ketika itu aku berada di dalam sebuah rumah kayu yang lengkap dengan semua barang-barang asas bagaikan dalam istana,waduhh sungguh cantik rumah itu.Aku memerhatikan semuanya melalui jendela,Masyaallah indah-indah belaka yang aku sendiri lihat.Tidak lama selepas itu ayunan lagu Hindi berdendang yang dinyanyikan oleh aku sendiri,entah kenapa lagu itu merupakan lagu kegemaran aku yang sering aku dengar saat hendak tidur.Aku menyanyikan lagu itu bukan seorang tetapi dengan seorang lelaki yang aku sendiri tidak pasti wajahnya bagaimana,lagu itu terus dinyanyikan selang seli dari aku dan dia.



Aku ditinggalkan seorang diri dalam rumah tatkala hujan turun dengan lebatnya,aku menangis dan berlari ke hulu ke hilir memanggil seseorang untuk menemankan aku di dalam rumah berkenaan tapi semua itu sia-sia sahaja.Aku cuba buka pintu api aku tutup balik pintu itu kerana air sudah membajiri kawasan luar rumah,aku semakin tidak keruan dan terus menerus mencari pertolongan akhirnya aku ke bilik untuk menenangkan diri.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki di pintu bilik sambil tersenyum,dengan berpakaian bju kulit menyebabkan dia kelihatan smart sekali,bibir dan senyumannya membuatkan aku berhenti ketakutan bila di sampingnya.Senyuman dia sentiasa terukir sehinggahlah kami menyentuh bibir antara satu sama lain walaupun
hanya beberapa saat,dan selepas itu mata aku terasa amat mengantok sekali menyebabkan aku terlena, maka semuanya hilang serta merta.




Sehingga sekarang aku masih ingat pada wajah dan senyumannya yang membuatkan diriku sentiasa memikirkan SI DIA.